Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/idealogi/public_html/malatbimmer.com/evolution/includes/db/db.php on line 379
:: Forums › Kisah Seorang Guru Kita....
-> Humor Room

#1: Kisah Seorang Guru Kita.... Author: fresh_slash_e30detLocation: Seremban PostPosted: Sun Dec 03, 2006 3:03 am
    ----
PART I

Cikgu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam
aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa,
Cikgu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan
regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid²
baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya
seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Berahim asyik
memerhati seorang muridnya yang pada mulanya
menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya.
Lalu Cikgu Berahim menyergah muridnya yang bernama
Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni
hah". "Oh Cikgu Berahim, basikal saya tengah turun
bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh
jugak.


PART II

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas,
Cikgu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.

Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu
Che'gu Berahim pun bertanya,
Cikgu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?

Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik
rumah.. jangan pergi mana-mana.


PART III

Cikgu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam
kelas 1 Mawar...
Cikgu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan
perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak
sedang membuat kek didapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak
sekolah ke hape??


PART IV

Seperti biasa, Cikgu Berahim nie mengajar pelajar di
Sekolah Agama.Cikgu Berahim mengajar budak tahun
satuPada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara
berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Cikgu) selalu
meminta
muridnya bertanyakan soalan jika terdapat
kemusykilan.

Cikgu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama
murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh
tak kita ambil wudhuk dua kali?
Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil
wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya
terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare
part!
Cikgu : Allahhuakbarr!!!


PART V

Cikgu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar
pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak.
Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya,
cikgu
Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula.
Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Cikgu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas
meja sampai habis kelas..


P/S - Minta2 anak murid gua x macam ni...nangis beb...

#2: Re: Kisah Seorang Guru Kita.... Author: schnitzsmo PostPosted: Sun Dec 03, 2006 5:35 am
    ----
dimanekah silap man dol ini sehingga memberi jawapan sebegitu rupe!!!
hehehe...sengal ubi to la dol ni!!!

#3: Re: Kisah Seorang Guru Kita.... Author: fresh_slash_e30detLocation: Seremban PostPosted: Mon Dec 04, 2006 3:16 am
    ----
x tahu ah dimana silap nye....huhuhu....mampos cikgu klu mcm ni...



-> Humor Room

All times are GMT + 8 Hours

Page 1 of 1