Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/idealogi/public_html/malatbimmer.com/evolution/includes/db/db.php on line 379
:: Forums › Tompok yg terrer!
-> Humor Room

#1: Tompok yg terrer! Author: ariel PostPosted: Wed Sep 27, 2006 3:33 am
    ----
Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang
telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin
bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada
kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah
sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada
kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa
tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam
kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan,
Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat
rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup
isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik
mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok,
disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit
motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 kami
lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira,
baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentah lagu "Cindai"
nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok
dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut
kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh
dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam
Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa
begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke
pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok
lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu.
Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang
lurus,
yang
bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya
si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan
penuh suspen lagi berdebar-debar...

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa?
tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat
ni!... Confused



Huwawawaaaa.....

#2: Re: Tompok yg terrer! Author: ///M_E30Location: Bangi - Seremban PostPosted: Wed Sep 27, 2006 3:42 am
    ----
hahahhaah!!kucing 2 berdaulat!!die x bersalah!!bagus bro!! Laughing Laughing

#3: Re: Tompok yg terrer! Author: ariel PostPosted: Wed Sep 27, 2006 3:51 am
    ----
///M_E30 wrote:
hahahhaah!!kucing 2 berdaulat!!die x bersalah!!bagus bro!! Laughing Laughing


...meriah nampak?...mana?...Bangi? Very Happy

#4: Re: Tompok yg terrer! Author: schnitzsmo PostPosted: Wed Sep 27, 2006 4:49 am
    ----
moral of this story "don't married a cat lover''...
sya pon talak suka kucin oooo..... Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil

#5: Re: Tompok yg terrer! Author: ///M_E30Location: Bangi - Seremban PostPosted: Fri Sep 29, 2006 9:31 am
    ----
ariel wrote:
///M_E30 wrote:
hahahhaah!!kucing 2 berdaulat!!die x bersalah!!bagus bro!! Laughing Laughing


...meriah nampak?...mana?...Bangi? Very Happy
biase le..puase ni kne meriah2 sket!!sy isnin - jumaat bangi!!jumaat malam -ahad seremban!! Twisted Evil Laughing Twisted Evil

#6: Re: Tompok yg terrer! Author: UbartsanzLocation: South side PostPosted: Sat Sep 30, 2006 12:02 am
    ----
Riel... Budin nie tinggal mana...? BOTA KIRI ke BOTA KANAN...? Laughing

#7: Re: Tompok yg terrer! Author: contacontiLocation: behind sixpot 's home PostPosted: Sat Sep 30, 2006 9:31 am
    ----
Ubartsanz wrote:
Riel... Budin nie tinggal mana...? BOTA KIRI ke BOTA KANAN...? Laughing
hui lu tau tpt ni bro.. Twisted Evil



-> Humor Room

All times are GMT + 8 Hours

Page 1 of 1