Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/idealogi/public_html/malatbimmer.com/evolution/includes/db/db.php on line 379
:: Forums › Panduan status motokar vintaj / klasik
-> Car Talks & Chit Chat

#1: Panduan status motokar vintaj / klasik Author: highwaystarLocation: Kola Lompuer PostPosted: Wed Sep 06, 2006 1:58 am
    ----
Kategori Motokar Vintaj
Motokar yang layak dikategorikan sebagai motokar vintaj ialah motokar yang telah mencapai usia 50 tahun dari tarikh yang dikeluarkan oleh pembuat

Kategori Motokar Klasik
Motokar yang layak dikategorikan sebagai motokar klasik ialah motokar yang telah mencapai usia 25 yahun dari tarikh yang dikeluarkan oleh pembuat , termasuk motokar yang dikenali sebagai "collectors item'

2.Kenderaan kategori motokar sahaja yang layak memohon dan dipertimbangkan , bagi kenderaan selain daripada kategori motokar adalah tidak layak dipertimbangkan. Syarat-syarat lain yang perlu diikuti untuk mendapatkan status motokar/vintaj klasik bagi tujuan pengurangan bayaran Lesen Kenderaan Motor(LKM) adalah seperti berikut
 
2.1
Motokar yang telah didaftarkan di Negara ini tidak kurang dari 25 tahun sahaja memohon dan dipertimbangkan. Bagi motokar import yang dikategorikan vintaj/klasik juga layak memohon dan dipertimbangkan selepas tempoh 2 tahun didaftarkan di negara ini

2.2
Motokar mempunyai nilai pasaran yang tinggi , iaitu sama seperti nilai barangan antik

2.3
Keadaan semasa motokar mestilah pada tahap kenderaan baru (mint) , tidak berkarat , cat dan 'chrome' yang berkilat dan bersih dalam erti kata seperti dalam keadaan 'show room'

2.4
Motokar tersebut mestilah di dalam keadaan 'roadworthy' dan semua sistem padanya berfungsi dengan baik

2.5
Motokar mestilah mempunyai ciri-ciri spesifaksi , bentuk badan dan komponen utamanya seperti yang asal semasa dikeluarkan oleh pembuat.

2.6
Pengubahsuaian yang dibenarkan hanyalah bagi peningkatan pada sistem brek , sistem elektrik dan sistem bahan api diterima atas faktor keselamatan sahaja.

2.7
Sebagai asas pertimbangan utama , pemohon mestilah mempunyai lebih dari 2 buah motokar yang didaftarkan di atas nama sendiri.

2.8
Keadaan nombor casis dan enjin mestilah boleh dibaca dengan jelas dan tidak diganggu.

2.9
Pemilik perlu mengemukakan surat/sijil sokongan dari Kelab Kereta Vintaj dan Klasik Di Raja Malaysia atau kelab-kelab lain yang diiktiraf

2.10
Motokar perlu diperiksa oleh Pegawai Teknik/Pemeriksa Kereta Motor JPJ Ibu Pejabat/Negeri/Cawangan yang berkenaan.
 
3.Cara Memohon
 

3.1 Permohonan dan pemeriksaan motokar vintaj/klasik boleh dibuat melalui :-
 
3.1.1
Ibu Pejabat JPJ Malaysia
Bahagian Teknik ,
Aras 2 , Blok D4 , Parcel D ,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62620 Putrajaya.
Tel : 03 88866400
 
3.1.2.
Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri / Cawangan
3.2


Dokumen-dokumen yang perlu disertakan/dibawa bersama semasa pemeriksaan motokar ialah :-

i) Salinan kad pendaftaran (serta yang asal)

ii) Salinan sekurang-kurangnya 2 buah kad pendaftaran motokar lain yang di daftarkan di atas nama pemohon (serta yang asal)

iii) Salinan kad pengenalan pemilik / pemohon

iv) Sekurang-kurangnya 4 keping gambar dari sudut depan , belakang , sisi dan bahagian " steering / dashboard '

v) Surat/sijil motokar vintaj atau klasik dari kelab yang diiktiraf.

3.3 Pemeriksaan Motokar
Bagi Tujuan pemeriksaan motokar vintaj/klasik , pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan bersama-sama dengan motokar yang hendak diperiksa.

3.3.1
Pemeriksaan terhadap motokar vintaj/klasik akan tertumpu kepada mengenal pasti keaslian motokar tersebut dan menepati syarat-syarat di perenggan 3.2 dan 3.3 di atas

3.3.2
Ciri-ciri pemeriksaan
 
i) Pemeriksaan identiti motokar , iaitu pengesahan nombor enjin kenderaan dan nombor casis tidak terganggu dan hendaklah sama seperti mana yang dicatitkan dalam kad pendaftaran kenderaan motokar tersebut
 
ii) Pemeriksaan keaslian kereta vintaj dan klasik merangkumi komponen-komponen berikut :
 
Enjin asal , casis asal , reka bentuk badan asal (tidak diubahsuai ) , sistem trasmissi asal , sistem suspensi asal , gandar depan dan belakang asal , nombor pendaftaran dan 'Rim; serta 'Steering' asal (bukan dari jenis sport.

3.3.3 Borang pemeriksaan adalah seperti format yang dilampirkan di 'Lampiran A'

4.Pengeluaran Sijil Pengesahan Status Motokar / Klasik

4.1
Semua permohonan dan laporan pemeriksaan untuk mendapatkan status motokar vintaj/klasik yang dibuat di Pejabat-pejabat JPJ Negeri/Cawangan hendaklah dimajukan ke Bahagian Teknik , Ibu Pejabat JPJ untuk diproses dan dinilai semula sebelum disyorkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia

4.2
Motokar yang telah lulus sebagai motokar vintaj/klasik akan dikeluarkan Sijil Pengesahan bagi tujuan pengurangan Lesen Kenderaan Motor sebanyak 90% bagi motokar vintaj dan 80% bagi motokar klasik akan dikeluarkan oleh Bahagian Teknik , Ibu Pejabat JPJ dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan.

4.3
Sijil Pengesahan status motokar vintaj/klasik yang dikeluarkan hendaklah diperbaharui setiap 3 tahun sekali atau apabila urusan tukar nama dibuat atau penukaran nombor pendaftaran motokar (interchange) dilakukan , mengikut mana yang terdahulu. Pemilik motokar tersebut dikehendaki membuat permohonan semula untuk menentukan status motokar vintaj/klasik mengikut syarat-syarat yang ditetapkan diatas

5. Arahan Penguatkuasaan

5.1
Penguatkuasaan perlu dilaksanakan bagi mempastikan semua motokar yang telah mendapat kelayakan motokar vintaj/klasik tidak membuat pengubahsuaian ke atas 'steering' dan 'rim' serta komponen-komponen lain supaya keasliannya kekal. Kelayakan dan status motokar vintaj/klasik ini akan dibatalkan serta merta sekiranya pengubahsuaian dibuat pada motokar tersebut dan pemilik perlu membuat bayaran kadar Lesen Kenderaan Motor (LKM ) pada kadar yang asal.


p/s nampak nya gua kantoi kou kou kekeke Wink

#2: Re: Panduan status motokar vintaj / klasik Author: sixpotLocation: the woods of sri kembangan PostPosted: Wed Sep 06, 2006 2:55 am
    ----
dis very good.guys kita simpan our e30 for a few more years and nanti ada MALAT GOLD pulak( untuk kete kete yg dah senior citizen)

#3: Re: Panduan status motokar vintaj / klasik Author: highwaystarLocation: Kola Lompuer PostPosted: Wed Sep 06, 2006 2:58 am
    ----
Bro memang kite kantoi kou2 kekeke..sampai steering pung standard..giler lorrr..kekkekeek...

#4: Re: Panduan status motokar vintaj / klasik Author: contacontiLocation: behind sixpot 's home PostPosted: Wed Sep 06, 2006 8:50 am
    ----
susah ni..sixpot punyer sah tak lepas..hehe..bunyi tak ikut spec.. Twisted Evil

#5: Re: Panduan status motokar vintaj / klasik Author: aRRrgghhLocation: KeranaMu Malaysia PostPosted: Wed Sep 06, 2006 9:03 am
    ----
uh.. chrome kena kilat.. ko dengar tuh contaconti.. jangan harap break disc je kilat kekeke

#6: Re: Panduan status motokar vintaj / klasik Author: fresh_slash_e30detLocation: Seremban PostPosted: Wed Sep 06, 2006 2:04 pm
    ----
walawei...mcm ne ngan kete saya bro....memang x leh jadi klasik la...huhuhu :'( bro highway....

#7: Re: Panduan status motokar vintaj / klasik Author: ACS5_boyLocation: N9_bie PostPosted: Wed Sep 06, 2006 5:13 pm
    ----
klasik tak boleh, jadi kan dia keta spastik.............hehehe

#8: Re: Panduan status motokar vintaj / klasik Author: UbartsanzLocation: South side PostPosted: Wed Sep 06, 2006 5:20 pm
    ----
tidakkkk... Sad

#9: Re: Panduan status motokar vintaj / klasik Author: bigjoe74Location: originally muar but now nilai- N9 PostPosted: Wed Sep 06, 2006 9:04 pm
    ----
contaconti wrote:
susah ni..sixpot punyer sah tak lepas..hehe..bunyi tak ikut spec.. Twisted Evil

kakakakkakakka......baru mafia beb.... Laughing Twisted Evil

#10: Re: Panduan status motokar vintaj / klasik Author: contacontiLocation: behind sixpot 's home PostPosted: Thu Sep 07, 2006 12:22 am
    ----
aRRrgghh wrote:
uh.. chrome kena kilat.. ko dengar tuh contaconti.. jangan harap break disc je kilat kekeke
alaa..nanti bro amik gamba cam kat genting submit je..hehe Twisted Evil

#11: Re: Panduan status motokar vintaj / klasik Author: contacontiLocation: behind sixpot 's home PostPosted: Thu Sep 07, 2006 12:23 am
    ----
bigjoe74 wrote:
contaconti wrote:
susah ni..sixpot punyer sah tak lepas..hehe..bunyi tak ikut spec.. Twisted Evil

kakakakkakakka......baru mafia beb.... Laughing Twisted Evil
tapi..ekjoz mafia senyap bro..hehe Twisted Evil



-> Car Talks & Chit Chat

All times are GMT + 8 Hours

Page 1 of 1