Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/idealogi/public_html/malatbimmer.com/evolution/includes/db/db.php on line 379 :: Forums › Cerita seekor katak
#1: Cerita seekor katak Author: encikbmwhitam, Location: penang - kl -putrajayaPosted: Thu Oct 16, 2008 7:34 am ---- Tersebutlah kisah seekor katak yang tinggal keseorangan dan kesunyian di tepi paya...
Oleh kerana beliau terlalu sunyi, maka dia pun membuat keputusan untuk mengembara dan mencari seorang ahlil nujum yang boleh meramal masa depan. Setelah penat melompat maka berjumpalah beliau dengan seorang ahlil nujum yang bijaksana.
"Aku bosan dengan hidup ni... Sunyi. Aku mahu berteman." luah si katak.
"Ooo... Jangan risau, mengikut pengamatanku, tak lama lagi kau akan berjumpa dengan gadis yang bukan dari keturunanmu." kata si ahlil nujum sambil tersenyum.
"Dia itu sungguh cantik, comel, lawa, manja dan mahu mengetahui segala-galanya tentang dirimu dengan lebih terperinci." tambah si ahlil nujum lagi.
Maka si katak yang perasan hensem tersebut dengan senyum lebar dan bangga berkata di dalam hati, "Oh... bestnya. Akhirnya aku akan mempunyai teman."
Dengan hati yang penuh bunga-bunga cinta, si katak pun bertanya lagi, "Wahai ahlil nujum, bilakah agaknya aku akan dapat berjumpa dengannya? Err... di mana akan aku berjumpa dengan si dia? Dinner party ke?"
Dengan selambanya ahlil nujum itu menjawab, "Kalau tak silap aku, next semester kot. Dalam kelas biologi dia..."