Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/idealogi/public_html/malatbimmer.com/evolution/includes/db/db.php on line 379
:: Forums › surat untuk bro-bro skalian..
Go to page 1, 2, 3  Next  :| |:
-> Humor Room

#1: surat untuk bro-bro skalian.. Author: contacontiLocation: behind sixpot 's home PostPosted: Sat Aug 12, 2006 11:38 pm
    ----
Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.


Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.


2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota
yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah
jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu
kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita
di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi
di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya
tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk
mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua
duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah
hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup
kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti
sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah
besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti
gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat
kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan
waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1
hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan
ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu
rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia
tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma
akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman
penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang
saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan
senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa
kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun
yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi
kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh
saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

Nota :

En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan
Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana? Guna
pisau boleh bang..?".

Lepasni bro-bro berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini kepada
isteri.Cuma tukarkan nama dan alamat pengirim dan
penerima. Kalau ade berani!!.... Twisted Evil Very Happy Twisted Evil
Selamat mencube..weilgluck..hehe

#2: Re: surat untuk bro-bro skalian.. Author: ACS5_boyLocation: N9_bie PostPosted: Sun Aug 13, 2006 5:07 am
    ----
cuba boleh cuba. tapi masa tunggu reply stanbylah pakai baju kalis peluru dan helmet.

#3: Re: surat untuk bro-bro skalian.. Author: contacontiLocation: behind sixpot 's home PostPosted: Sun Aug 13, 2006 5:32 am
    ----
ACS5_boy wrote:
cuba boleh cuba. tapi masa tunggu reply stanbylah pakai baju kalis peluru dan helmet.
Twisted Evil Laughing Laughing Twisted Evil

#4: Re: surat untuk bro-bro skalian.. Author: highwaystarLocation: Kola Lompuer PostPosted: Sun Aug 13, 2006 5:34 am
    ----
ACS5_boy wrote:
cuba boleh cuba. tapi masa tunggu reply stanbylah pakai baju kalis peluru dan helmet.

kekekekeke....kena pulak dengan syarat pihak pertama, boleh memang boleh, tapi sediakan saya full range BMW termasuk 2002ti / e21 / e30 / e34 / e36 / e46 / e38 / e60 / e90 / x3 / x5 / dan Petronas BMW Sauber F1 dan apa apa yang tercatit perkataan BMW...mmm..termasuk malatbimmer punya t-shirt kekekekekkeek...mampuih...

oh bang oi..jangan lupa semua nya kena lengkap dengan bodykit yang original bukan teva punya fibre and make sure semuanya tip-top dan masuk road tax ngan insurance sekali..kekekekekek Crying or Very sad Crying or Very sad

#5: Re: surat untuk bro-bro skalian.. Author: contacontiLocation: behind sixpot 's home PostPosted: Sun Aug 13, 2006 5:41 am
    ----
highwaystar wrote:
ACS5_boy wrote:
cuba boleh cuba. tapi masa tunggu reply stanbylah pakai baju kalis peluru dan helmet.

kekekekeke....kena pulak dengan syarat pihak pertama, boleh memang boleh, tapi sediakan saya full range BMW termasuk 2002ti / e21 / e30 / e34 / e36 / e46 / e38 / e60 / e90 / x3 / x5 / dan Petronas BMW Sauber F1 dan apa apa yang tercatit perkataan BMW...mmm..termasuk malatbimmer punya t-shirt kekekekekkeek...mampuih...

oh bang oi..jangan lupa semua nya kena lengkap dengan bodykit yang original bukan teva punya fibre and make sure semuanya tip-top dan masuk road tax ngan insurance sekali..kekekekekek Crying or Very sad Crying or Very sad
wah banyak sangat kerugian ni..oder cancel.. Twisted Evil Crying or Very sad Twisted Evil

#6: Re: surat untuk bro-bro skalian.. Author: ///M_E30Location: Bangi - Seremban PostPosted: Sun Aug 13, 2006 6:16 am
    ----
ekekekekekek..nak poligami pon klene bg formal leter ker?? Laughing Twisted Evil Laughing

#7: Re: surat untuk bro-bro skalian.. Author: contacontiLocation: behind sixpot 's home PostPosted: Sun Aug 13, 2006 7:17 am
    ----
///M_E30 wrote:
ekekekekekek..nak poligami pon klene bg formal leter ker?? Laughing Twisted Evil Laughing
dah tu toilet pun kene baya 30posen.. Laughing Twisted Evil Laughing

#8: Re: surat untuk bro-bro skalian.. Author: ///M_E30Location: Bangi - Seremban PostPosted: Sun Aug 13, 2006 7:26 am
    ----
contaconti wrote:
///M_E30 wrote:
ekekekekekek..nak poligami pon klene bg formal leter ker?? Laughing Twisted Evil Laughing
dah tu toilet pun kene baya 30posen.. Laughing Twisted Evil Laughing
ekekekeke..3posen pulak!!dulu 2posen je!!main gile betul la toilet nih!!

#9: Re: surat untuk bro-bro skalian.. Author: contacontiLocation: behind sixpot 's home PostPosted: Sun Aug 13, 2006 7:34 am
    ----
///M_E30 wrote:
contaconti wrote:
///M_E30 wrote:
ekekekekekek..nak poligami pon klene bg formal leter ker?? Laughing Twisted Evil Laughing
dah tu toilet pun kene baya 30posen.. Laughing Twisted Evil Laughing
ekekekeke..3posen pulak!!dulu 2posen je!!main gile betul la toilet nih!!
haa bro..tu yg siap main dlm toilet..menang membeli..kehkeh Twisted Evil Very Happy Twisted Evil

#10: Re: surat untuk bro-bro skalian.. Author: ///M_E30Location: Bangi - Seremban PostPosted: Sun Aug 13, 2006 7:38 am
    ----
ekekekeke..menang membeli, alah memakai!!ekekekeke!!2 in !!!
gune toilet utk buang "air"!! Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil

#11: Re: surat untuk bro-bro skalian.. Author: contacontiLocation: behind sixpot 's home PostPosted: Sun Aug 13, 2006 7:43 am
    ----
///M_E30 wrote:
ekekekeke..menang membeli, alah memakai!!ekekekeke!!2 in !!!
gune toilet utk buang "air"!! Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil
haa.. Razz Twisted Evil Razz

#12: Re: surat untuk bro-bro skalian.. Author: ACS5_boyLocation: N9_bie PostPosted: Sun Aug 13, 2006 7:48 am
    ----
30sen amenda. dah ada yang 50sen dah ni. bawak botol la gi memana sekarang.

"" kekekekeke....kena pulak dengan syarat pihak pertama, boleh memang boleh, tapi sediakan saya full range BMW termasuk 2002ti / e21 / e30 / e34 / e36 / e46 / e38 / e60 / e90 / x3 / x5 / dan Petronas BMW Sauber F1 dan apa apa yang tercatit perkataan BMW...mmm..termasuk malatbimmer punya t-shirt kekekekekkeek...mampuih...

oh bang oi..jangan lupa semua nya kena lengkap dengan bodykit yang original bukan teva punya fibre and make sure semuanya tip-top dan masuk road tax ngan insurance sekali..kekekekekek ""


terbantut niat ni.........adussss Crying or Very sad :cry: Crying or Very sad

#13: Re: surat untuk bro-bro skalian.. Author: UbartsanzLocation: South side PostPosted: Sun Aug 13, 2006 11:05 am
    ----
ACS5_boy wrote:
30sen amenda. dah ada yang 50sen dah ni. bawak botol la gi memana sekarang.

"" kekekekeke....kena pulak dengan syarat pihak pertama, boleh memang boleh, tapi sediakan saya full range BMW termasuk 2002ti / e21 / e30 / e34 / e36 / e46 / e38 / e60 / e90 / x3 / x5 / dan Petronas BMW Sauber F1 dan apa apa yang tercatit perkataan BMW...mmm..termasuk malatbimmer punya t-shirt kekekekekkeek...mampuih...

oh bang oi..jangan lupa semua nya kena lengkap dengan bodykit yang original bukan teva punya fibre and make sure semuanya tip-top dan masuk road tax ngan insurance sekali..kekekekekek ""


terbantut niat ni.........adussss Crying or Very sad :cry: Crying or Very sad
Niat yang mana satu...? Kerkerker... Laughing

#14: Re: surat untuk bro-bro skalian.. Author: ACS5_boyLocation: N9_bie PostPosted: Sun Aug 13, 2006 2:44 pm
    ----
niat nak pasang lebih lorrr...........:wink::wink::wink: baru ingat nak guna pakai surat contaconti.

#15: Re: surat untuk bro-bro skalian.. Author: UbartsanzLocation: South side PostPosted: Sun Aug 13, 2006 4:11 pm
    ----
ACS5_boy wrote:
niat nak pasang lebih lorrr...........:wink::wink::wink: baru ingat nak guna pakai surat contaconti.
Lain mukim lain surat bro!!! Laughing



-> Humor Room

All times are GMT + 8 Hours

Go to page 1, 2, 3  Next  :| |:
Page 1 of 3