Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/idealogi/public_html/malatbimmer.com/evolution/includes/db/db.php on line 379
:: Forums › berbelah bagi... (macam drama lah pulak!)
-> Off Topic Discussions

#1: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: encikbmwhitamLocation: penang - kl -putrajaya PostPosted: Mon Apr 23, 2007 9:57 am
    ----
guys... need help here.
im getting married this august. like anybody else, not enough money lorr...
so... saya dalam dilema sekarang... samada nak juai my e30 or not.
kalau juai... rugi agak besar i think... kalau tak juai... tak dapat kawin... hohoho... Sad

so, saya nak mintak pendapat korang sumer la... nak "lepaskan" ke tidak? Crying or Very sad

#2: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: highwaystarLocation: Kola Lompuer PostPosted: Mon Apr 23, 2007 11:35 am
    ----
Wow, first of all, gua tabik sama lu for your honesty regarding your path of life. Thank you for sharing. Susah nak cari member yang open macam encikbmwhitam. Steady!!!!!!

Wokey, tang married case ahh. before i suggest there sumthing i want to clear with you.

1. Anda hanya bergantung pada E30?
2. Ada saudara mara yang tolong serta?
3. Persediaan yang macammana yang anda mahu?

1
Kalau anda bergantung pada hasil jual E30 anda, mungkin anda silap sikit sebab kite semua tak tahu berapa 'harga' E30 itu dan 'Bila' boleh ia dijual. Kalau dapat jual dalam lingkungan 20k cukup untuk anda?

Tapi kalou buleh confirm dapat balik E30 yang anda mahukan selepas kahwin...then jualkan.

Tolong discuss dengan future wife anda, kalo anda ada kenderaan alternatif, maka jual-lah E30 itu, kalo takde, jangan, sebab lepas kahwin nanti takde kenderaan nak melancong, pegi jalan2 dan sebagainya.

Jika E30 anda adalah titik pertemuan anda dengan bakal isteri anda. jangan jual sebab 'sentimental value' tersangatlah berharga. Ibarat, E30 anda mungkin buleh sampaikan pada zuriat anda kelak.

2
Kalau saudara mara nak chip in, buleh tapi bukan dengan wang ringgit..nanti kemudian bergaduh pulak pasal sapa yang fair dan tak fair nya, suruh mereka chip-in macam Khemah, Wedding Cake dan Makanan Kenduri dan juga hiasan hantaran.

Kalau wang ringgit tidak mencukupi, apply personal loan yang mungkin anda buleh bayar bulanan. Buleh apply di Jusco atau mana2 Bank. TAPI Wang hantaran mesti dari Titik Peluh sendiri ya!!!

3
Cuba bincangkan lagi bagaimana Majlis Perkahwinan Anda akan dilangsungkan... nasihat saya, buatlah yang sederhana sebab yang mewah itu selepas kahwin. Bunga telor, kalo buleh suruh saudara mara yang buat..kos tak banyak cuma RM180.00 untuk bunga pahar, buleh dapat dalam 150batang. Kalo beli yang ready made satu batang harga RM5.50...mmm banyak buleh jimat. Buat bunga pahar bermula hari ini juga..satu hari 5 batang cukup...sampai bulan Julai nanti semua dah siap.

Kad Jemputan, Ambil gambar dan develop dengan map dan information yang anda nak letakkan dalam 4R size, kalau tak cukup ruang, letakkan 2 Keping 4R dalam evelope (satu gambar anda dan satu information). 4R develop gambar sekarang cost 35sen untuk 100 (baru 35 ringgit). Envelop putih RM60 untuk 500 keping.

Pelamin, beli kain ela.. satin atau cotton (kalau nak klasik look), Kayu 2x1inci ngan Plywood buat pelantar. Anggaran kos campur kain dalam RM300 ini buleh simpan untuk adik atau saudara lain yang nak kahwin (contoh pelamin yang saya buat untuk adik ipar saya refer attachment) Kalau sewa will cost you RM350 - RM700. Confirm satu hari jer buleh pakai, lepas tuh kena return balik. Kerusi set pinjam jiran lorr

Kompang, dalam sesebuah kampung ada persatuan kompang..pergi tanya berapa cost dan berapa lama buleh mereka main kompang, kalo setakat masa mengiring tuh RM80 jer, kalau sampai ke pelamin, around RM100 to RM150

Live band tak payah, Karaoke tak payah (BUAT BISING).... cuma mainkan musik seni seperti Keroncong, Nobat atau Gamelan.... mesti kalao tetamu datang mereka rasa seperti nyaman dan tenteram walaupun hari panas terik.

Hantaran pula, buat budget masing2. Kalau dah limit RM500 seorang, then beli barangan dalam lingkungan RM400, lebih 100 untuk emergency case. Beli sendiri punya hantaran lepas tuh tukar tangan. Belilah yang jenama yang buleh terima, kalau setakat CK atau Donna Karan tuh forget it lah... buy something nice but creatively design. Pasti menarik..

Ini CUMA PENDAPAT SAYA.

Mmmm... macam mane ok?

#3: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: fresh_slash_e30detLocation: Seremban PostPosted: Mon Apr 23, 2007 12:55 pm
    ----
wow....x sangka lak bro hway ni pakar dlm bab kawin nih....hehehe....marriege consultant nih.....nanti bile saya nk kawin saya panggil bro hway je ah.....hehehe....2 encikbmwhitam.....congrats.....x lama lagi nk kawin.....so saya sokong ckp bro hway......especially for no 1 n 2.....congrats again bro.....

#4: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: aRRrgghhLocation: KeranaMu Malaysia PostPosted: Mon Apr 23, 2007 2:09 pm
    ----
enbmwhitam, tahniah kerana hendak melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Saya cuma nak kongsi pengalaman saya dan juga rakan-rakan yang dah melangsungkan perkahwinan.

bila ada 'nawaitu' atau niat nak mendirikan masjid, insyaAllah duit belanja akan ada datang sendiri. dengan syarat niat itu kerana Allah s.w.t.

contoh, rakan saya yang hanya bekerja sebagai 'office boy'. gaji tak seberapa. tak sampai RM1k pada masa itu. dengan niat ikhlas, rezeki dia mencurah-curah dengan 'side-income' komisen tolong jual kereta dan tanah dan juga upah 're-new' roadtax etc. Alhamdullilah dia dah selamat. kalau tak silap dah 4 anak kot.

sama seperti saya. bila niat itu ada, rezeki datang dengan sendiri. duit bonus. duit hadiah dari majikan etc.

pokok pangkalnya jangan panik dah menggelabah. usaha yakin dan tawakal, insyaAllah. =)

btw, a super good advice from bro Highwaystar. wa caya lu!

#5: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: jeemboLocation: Car_Junk PostPosted: Mon Apr 23, 2007 2:51 pm
    ----
fuhhhhhhhhhhh!!!! gua triple respect sama itu bro highwaystar! ehhehehe....nanti bila gua dah cukup balikh gua mintak tulun bro highway star kasi advise hehehe...skang baru nak masuk 32 tahun....

Nobody gonna take my girl
Im gonna keep her to the end
Nobody gonna have my girl
She stays close on every bend
Oooh shes a killing machine
Shes got everything
Like a moving mouth body control
And everything

I love her I need her
I seed her
Yeah she turns me on
Alright hold on tight
Im a highway star

#6: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: bruised PostPosted: Mon Apr 23, 2007 5:19 pm
    ----
Bagus bro niat nak kawin tu. Kalau ikot betul jgn tangguh2. Mmg nak kawin sekarang susah n mahal. Tapi klau dipikirkan btul2 adar 2 option jer..... nak cepat atau nak lambat.

Klau nak cepat bro....duit tu bole cari... bank loan ka, jual kereta ker... kerje lebih ka... mcm2. Tengok braper byk u sanggup sacrifice. Tapi duit pun bukan utk kawin jer.... nanti nak bli peti ais, almari, pingang mangkuk etc.. alat rumah kan. Mesti nak duduk rumah sendiri nanti.

Klau lambat maknernyer kena lar kumpul duit utk bender2 tu. Pandai2 lar pikir.

Pasal keter tu.... bole carik lain nanti... mana tau yg lebih bagus. Awek nak kawin dgn kita bukan senang nak carik.(aku bukan nyer hencem sgt).

Pendek citer... klau btul nak kawin mmg susah. Mcm2 dugaan. Kena byk sabar bro. Aku nk kawin pun mcm ko gak. Bru habis studi tk start keje lagi. Pandai2 lar cari jln. Tiap hari tgk muka awek/bini aku mana tahan beb!!

#7: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: highwaystarLocation: Kola Lompuer PostPosted: Tue Apr 24, 2007 4:41 am
    ----
Yup bro, what arRRghhh mention is true also, bila kita ada niat suci, iaNYA akan tolong dengan sebaik mungkin. Tetapi bukan dengan duduk rileks jer, ia memberikan kita minda untuk berusaha sedaya mungkin.

Cheers!!!

#8: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: jeemboLocation: Car_Junk PostPosted: Tue Apr 24, 2007 6:57 am
    ----
best btol korang bley pikir kawen kan....aku sampai skang rasa cam takut nak kawen...komitment tinggi...hati nak dibahagi 2 ehhehee...nak kata hensem mmg hensem pun (ada bmw lagik wakakakaa)...muker james dean cam muka aku asian version hehehehe....

#9: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: highwaystarLocation: Kola Lompuer PostPosted: Tue Apr 24, 2007 7:04 am
    ----
jeembo wrote:
fuhhhhhhhhhhh!!!! gua triple respect sama itu bro highwaystar! ehhehehe....nanti bila gua dah cukup balikh gua mintak tulun bro highway star kasi advise hehehe...skang baru nak masuk 32 tahun....

aiseh man... takde hal, kite look see look see ah. tapi umur 32 tahun...bila lagi nak kahwin nie? kekeke aku ni mengalahkan orang tua pulak..sorry ahh..

saya bernikah pada tahun 2002 umur 31 tahun masih belum ada cahayamata lagi nih...mmmm risau gak. Mungkin rezeki lum ada lagi.

pada encikbmwhitam, baju melayu untuk nikah saya buleh rekomen kat kawan saya diMedan Mara, satu suit (tak masuk kain) cost RM70 tempah jahit, baju perempuan about RM90 (perempuan punya complicated sikit pasal ada selendang dan kerawang).

pasal bunga pahar pula, beli satu sample (yang anda suka diRasa Sayang boutique) kat Semua House, dan barang2nya beli mengikut design tuh. masa buat follow sample jer.

mmm... camne ok kan? harapan encikbmwhitam lega sikit dengan komen komen yang para sahabat malatbimmer beri.

cheers!

#10: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: shahril78Location: AnFieLd PostPosted: Tue Apr 24, 2007 8:00 am
    ----
highwaystar wrote:


Live band tak payah, Karaoke tak payah (BUAT BISING).... cuma mainkan musik seni seperti Keroncong, Nobat atau Gamelan.... mesti kalao tetamu datang mereka rasa seperti nyaman dan tenteram walaupun hari panas terik.Ini CUMA PENDAPAT SAYA.

Mmmm... macam mane ok?

Hmmm... bukan nak menarik lagi, panggil abang-abang malatbimmer menyanyi ramai-ramai ke? Laughing Laughing Laughing

#11: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: jeemboLocation: Car_Junk PostPosted: Tue Apr 24, 2007 11:12 am
    ----
Quote::

Hmmm... bukan nak menarik lagi, panggil abang-abang malatbimmer menyanyi ramai-ramai ke? Laughing Laughing Laughing


kekekekeke...and appoint bro highwaystar as the lead singer....kita backup singer dah la...aku kalo tolong pegang mic atau tukang bawak air pon takpa...ehheheh...gud luck bro encikbmwhitam...semoga projek anda berjaya hingga ke jinjang pelamin....


Quote::
aiseh man... takde hal, kite look see look see ah. tapi umur 32 tahun...bila lagi nak kahwin nie? kekeke aku ni mengalahkan orang tua pulak..sorry ahh..

saya bernikah pada tahun 2002 umur 31 tahun masih belum ada cahayamata lagi nih...mmmm risau gak. Mungkin rezeki lum ada lagi.

haahhaha...no probs bro highway.....cuma rezeki perempuan jer takder lagi nak dpt jeembo...tp kalo jeembo kawen skali henjut 4 trus kekekeke..skali sembur kuar kembar 8 ahhahaha....

takpa bro highwaystar...rexki tu sumer keje Dia...jadi kita cuma perlu berdoa jer dan usaha dgn lebih giat lagik...ader tu tahun depan...kami bebudak malatbimmer akan mendoakan... Smile

#12: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: andie24Location: Klang PostPosted: Tue Apr 24, 2007 11:23 am
    ----
Aku ni umur dah masuk 30 sen, tapi calon pun takde lagi.
Ntah bila la agaknya..

#13: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: jeemboLocation: Car_Junk PostPosted: Tue Apr 24, 2007 11:42 am
    ----
andie24 wrote:
Aku ni umur dah masuk 30 sen, tapi calon pun takde lagi.
Ntah bila la agaknya..

ok tuh kalo pakai E30...model sama ngan umo heheheh...calon berlambak2 di pasaran cuma kena bawak mata kail jenis tahan karat jer...gerenti dpt...jgn dapat ikan buntal dah...hehehe

sori la encikbmwhitam and bro highwaystar...sbb isu ni dah jadi global issue dan individual isu nih...luahan perasaan ehhehee

#14: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: highwaystarLocation: Kola Lompuer PostPosted: Tue Apr 24, 2007 12:26 pm
    ----
jeembo wrote:
andie24 wrote:
Aku ni umur dah masuk 30 sen, tapi calon pun takde lagi.
Ntah bila la agaknya..

ok tuh kalo pakai E30...model sama ngan umo heheheh...calon berlambak2 di pasaran cuma kena bawak mata kail jenis tahan karat jer...gerenti dpt...jgn dapat ikan buntal dah...hehehe

sori la encikbmwhitam and bro highwaystar...sbb isu ni dah jadi global issue dan individual isu nih...luahan perasaan ehhehee

gua no hal as long kite dapat kurangkan kerisauan brother kite yang bakal jadi suami nih....cheers!

#15: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: bruised PostPosted: Tue Apr 24, 2007 4:49 pm
    ----
seronok oooo kawin.... macam nak kawin lagi jer

#16: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: encikbmwhitamLocation: penang - kl -putrajaya PostPosted: Wed Apr 25, 2007 9:51 am
    ----
hoho... firstly, sori lah sebab saya lambat memberi jawapan. secondly, buat mods, sori salah "park" saya punya topik... hehe. tabik!!

kemudian, buat bro highway terutamanya atas nasihat dan pandangan tentang majlis perkahwinan. tak lupa juga kepada malatians, terima kasih banyak-banyak atas sokongan dan tunjuk ajar anda semua. memang boleh menitis air mata membaca posting anda semua jika saya seorang awek... hohohoho... Razz

buat pengetahuan semua, saya bekerja sebagai kakitangan kerajaan bergaji bawah 1k. kalau diikutkan, memiliki sebuah E30 memang diluar kemampuan saya tambahan pula E30 hitam macam saya punya tu. memang agak tinggi harganya jika dibandingkan dengan bajet saya. ibu dan bapa saya juga tidak merestui "hajat" saya untuk memiliki E30 hitam tu. tapi jika anda semua lihat E30 hitam tersebut(pada masa tu la), saya rasa sebagai seorang peminat setia, memang hati dan jiwa anda akan terpaut sehingga tidur malam anda tak lena dibuatnya... hehehe. jadi, demi merealisasikan cita-cita saya tu, saya pun berusaha lah membuat personal loan dan mengeluarkan segala simpanan saya untuk memiliki pilihan hati saya tu. masa tu saya masih single jadi tiadalah terfikir pasal nak kawin langsung. lagipun memang saya tak hensem pun... ekekekeke. kira E30 hitam tu la "bini" pertama saya lah. setelah memilikinya, saya memang menghadapi masalah mem"bela"nya bila ada breakdown, tapi Alhamdulillah la tiada masalah besar melainkan temperature panas dan tayar saja Razz

setelah 2 tahun "memperisterikan" E30 hitam tersebut, saya mengenali seorang gadis dan cinta kami mulalah bertaut dan saya telah merancang untuk mendirikan rumahtangga kerana saya fikir susah untuk mencari seorang gadis yang ikhlas nak hidup bersama dengan saya, lagipun bak kata bro bruised

bruised wrote:
Awek nak kawin dgn kita bukan senang nak carik.(aku bukan nyer hencem sgt).

saya pun macam tu la jugak... hehehe. untuk melangsungkan perkahwinan bajet tu memang dah ada cuma, almaklumlah kali pertama nak kawin Very Happy mana la ada pengalaman. nak bajet pun tak pandai apatah lagi saya ni seorang lelaki... hehehe.

niat saya untuk menjual E30 tu terdetik sejak mula saya berniat untuk mendirikan rumahtangga lagi. untuk pengetahuan bro highway dan semua, saya memiliki sebuah lagi kereta, DATSUN 160J(PA10) tahun 78 milik bapak saya. pada mulanya, saya bercadang untuk menukar enjin 160J saya tu kepada RB20 atau SR20 tapi kerana minat saya kepada E30 saya terus kuburkan saja hasrat saya tu. dan suatu hari pada hujung tahun lepas, berlaku kemalangan kecil selepas saya bawak E30 hitam tu jumpa seorang buyer. dan sejak kemalangan tu, saya terus pendamkan niat nak jual pasal saya fikir mingkin E30 hitam tu "merajuk". sejak itu sampai sekarang E30 hitam tu "terperap" di basement ofis. saya hanya panaskan enjinnya setiap 3 - 5 hari sekali. memandangkan bajet yang saya ada hanya untuk majlis perkahwinan saya jadi, saya tak baiki la E30 hitam tu. saya fikir, daripada saya membiarkan saja E30 yang berpotensi tu tersadai begitu saja, adalah lebih baik saya "lepaskan" kepada sesiapa yang dapat menjaganya dengan lebih baik. tetapi jika saya bersetuju untuk melepaskannya, saya rasa biarlah pada harga yang sesuai kerana saya beli E30 hitam tu pada harga yang agak tinggi. bak kata bro highway

highwaystar wrote:
Kalau anda bergantung pada hasil jual E30 anda, mungkin anda silap sikit sebab kite semua tak tahu berapa 'harga' E30 itu dan 'Bila' boleh ia dijual. Kalau dapat jual dalam lingkungan 20k cukup untuk anda?

mengikut kiraan saya, dengan keadaan E30 saya sekarang, saya bersedia untuk menjual E30 saya tu pada harga 18k tidak termasuk ICE.

jadi, pada pendapat anda, adakah harga yang saya letak tu sesuai dengan harga semasa + keadaan kereta?

details pasal kereta tu nanti saya akan post dalam topik yang berkenaan setelah saya pasti dengan keputusan saya untuk menjual E30 tersebut.

sekali lagi, terima kasih tak terhingga kepada semua yang sudi membaca dan memberi respon kepada masalah saya. terima kasih...!


Last edited by encikbmwhitam on Thu May 17, 2007 12:42 am; edited 1 time in total

#17: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: andie24Location: Klang PostPosted: Wed Apr 25, 2007 10:12 am
    ----
Aisey, jgn la ini mcm sampai nak jual kereta. Mesti ada jalan penyelesaian yg lain punya.

#18: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: highwaystarLocation: Kola Lompuer PostPosted: Wed Apr 25, 2007 12:16 pm
    ----
Alamak, bro, sedih juga saya mendengar kata2 bro tuh. Tapi bila dengar park kat basement dan asyik start untuk panas enjin lagi sedih.

Macam ini-lah, kalau budget untuk bernikah memang sudah cukup, saya nasihatkan jangan jual E30 anda. Kita tengok apa sebenar-nya 'damage' kereta anda dan kite cuba menilai lagi berapa kos untuk membaik-pulih rather than nak jual. Kot2 repair die mungkin kecil cili-api jer kite pun tak tahu.

Tapi, jika hasrat anda memang nak jual (meaning, anda sudah serik ngan E30 anda), then kite tak buleh cakap apa2 lagi, sebab-nya derita dan kesenangan itu ANDA SAHAJA YANG TAHU.

18k, mungkin ok kot sebab E30 anda memang cun pun. Judging from your photo, Rim Hartge (Cover dah buleh buat kat Theva RM50 satu), ACS Twin Exhaust dan sedikit paintjob dengan ketuk kat depan tuh...



Cuba beri spesifikasi kereta anda...

Terima Kasih!

#19: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: bruised PostPosted: Wed Apr 25, 2007 12:27 pm
    ----
Yup... stuju ngan cadangan Mr Highway. Lagipun nanti kawin nak kena ader keta jugak. Kire investment lar sbb kire nanti takpayah bli keta dah. Cuba citer apa yg tak kena ngan keta mana tau geng sini bole tolong

#20: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: jeemboLocation: Car_Junk PostPosted: Wed Apr 25, 2007 2:19 pm
    ----
sedih dan meleleh airmata jernehku dipipi apabila membaca luahan isi hati encikbmwhitam...bak kata bro highwaystar lagi sedih bila E30 disadaikan...cenna nak tolong nih...kalau la aku ni jin leh aku bagi ko 3 wishes ehhehehe....

#21: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: rompersLocation: Half the time I'm LOST. PostPosted: Thu Apr 26, 2007 2:38 am
    ----
Bros sekalian, kalau tak silap he mentioned before the otherside of the car is also damaged. To what extent, we don't know yet. So to assess the repair budget gotta take physical examination.

#22: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: ariel PostPosted: Thu Apr 26, 2007 1:56 pm
    ----
...Uisshhh! baru aku tau Highwaystar tere bab2 arrangement kawen ni... Shocked

#23: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: ariel PostPosted: Thu Apr 26, 2007 1:58 pm
    ----
...Errr...EncikBmwHitam...anda pajakkan dulu kete tu kat sapa2 yg agak ber'wang'...amacam?...ok tak idea bernas gue tu? :roll:...nanti ada duit anda bayar le pelan2 kayuh kt org tu...jgn byk2 sgt...cukup sekadar menyetelkan apa yg masih tak cukup sudah memadai...bukan apa, nanti lepas kawen kalau dah let go E30 ni musti anda akan kembali merinduinya...pastu nyesal...nak cari balik belum tentu dpt yg cun...kalau cun pun musti mahal tahap dewa punya...mcm kete ni at least ko tau le history dia...percaya le cakap aku... Cool

#24: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: highwaystarLocation: Kola Lompuer PostPosted: Thu Apr 26, 2007 9:17 pm
    ----
ariel wrote:
...Errr...EncikBmwHitam...anda pajakkan dulu kete tu kat sapa2 yg agak ber'wang'...amacam?...ok tak idea bernas gue tu? :roll:...nanti ada duit anda bayar le pelan2 kayuh kt org tu...jgn byk2 sgt...cukup sekadar menyetelkan apa yg masih tak cukup sudah memadai...bukan apa, nanti lepas kawen kalau dah let go E30 ni musti anda akan kembali merinduinya...pastu nyesal...nak cari balik belum tentu dpt yg cun...kalau cun pun musti mahal tahap dewa punya...mcm kete ni at least ko tau le history dia...percaya le cakap aku... Cool

Definately a VERYYY GOOODD IDEA!!!!... Tak sangka juga memang bernas suggestion anda!!! Laughing

#25: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: encikbmwhitamLocation: penang - kl -putrajaya PostPosted: Fri Apr 27, 2007 8:24 am
    ----
hmm... terima kasih banyak-banyak sekali lagi kepada semua yang memberi pendapat. maaflah kerana menyusahkan anda semua ye. rasa segan pulak saya Embarassed

untuk makluman semua, E30 tu masa saya beli memang dah macam tu. maksud saya, dari luar dan dalam dah siap bikin. kalau saya sendiri nak bikin macam tu, saya rasa, saya hanya pandai tukar rim saja kot... hehehe..

saya masih tak dapat buat keputusan samada nak jual ke tidak. kalau ikut nasihat anda semua dan kawan rapat saya sendiri, lebih baik jangan lepaskan. memang sayang sebenarnya nak lepaskan sebuah kereta yang berkualiti macam E30 tu. kalau saya jual, saya pasti akan menyesal dan rasanya terlalu sukar untuk mendapatkannya semula walaupun dengan mencagarnya kepada sesiapa yang ber'wang'. tapi saya fikir, demi kesejahteraan keluarga yang bakal saya bina, saya mungkin terpaksa buat keputusan sedemikian kerana pada saya keluarga adalah segalanya. budget untuk bernikah memang dah ada, cuma ada masalah untuk dikeluarkan... maaf saya tak dapat berterus-terang.

di sini saya senaraikan beberapa spesifikasi E30 saya... setakat yang saya ingat lah... hehe.



enjin dah convert dari 2.5 ke 2.7 (kalau tak silap. tapi 2.5 tu dah pasti la Razz )
3.73 LSD gearbox
m-tech bodykit dengan eyelid
16" rim hartge
twin sebring ekzos
ACS leather seats
momo stereng dan gear knob
nice red & black interior

amacam...? quite nice kan? Wink

#26: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: jeemboLocation: Car_Junk PostPosted: Fri Apr 27, 2007 3:56 pm
    ----
haaa idea ttg pajakkan tu mmg bernas...saya sokong seumur hidup!....lps kawen dah stabil balik baru lunaskan pajakan tuh...jgn byk sgt dah

#27: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: ariel PostPosted: Fri Apr 27, 2007 4:48 pm
    ----
...ayoyo!...2.7 tuuuu!...jgn jual la wei!...gue compom lu musti nyesalnye klu jual!...dont worry,org nk kawen ni rejkinye murah...tau2 ada je...ala2 fuiyooo magic!..so,jgn le jual.

#28: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: fresh_slash_e30detLocation: Seremban PostPosted: Mon Apr 30, 2007 1:54 pm
    ----
ariel wrote:
...ayoyo!...2.7 tuuuu!...jgn jual la wei!...gue compom lu musti nyesalnye klu jual!...dont worry,org nk kawen ni rejkinye murah...tau2 ada je...ala2 fuiyooo magic!..so,jgn le jual.
saya pun sokong jgn jual....rugi woo....

#29: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: encikbmwhitamLocation: penang - kl -putrajaya PostPosted: Tue May 01, 2007 12:48 am
    ----
hmmm... thanks bro sekelian. memang sayang saya nak jual E30 tu sebenarnya pasal impian saya nak blajar 'drift' dengan nak join konvoi bm blom tercapai. bak kata bro ariel

ariel wrote:
gue compom lu musti nyesalnye klu jual!...

huhuhu... harap-harapnya macam tu lah guys. amin... insya Allah.

#30: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: fresh_slash_e30detLocation: Seremban PostPosted: Wed May 02, 2007 2:28 pm
    ----
relax dulu bro....kayuh pelan2....betul kata bro ariel 2....bkn senang nk dpt e30 yg dah siap mcm nih....yg standard gaban byk bro....mana ah tau ada dpt duit t'pijak ke.....mana ah tau....bos bro nk sponser skit utk perkahwinan bro....hehehe

#31: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: encikbmwhitamLocation: penang - kl -putrajaya PostPosted: Thu May 03, 2007 12:06 am
    ----
thanks bro... huhuhu... memang macam tu la harapan saya. memang E30 tu la harta yang paling berharga yang saya ada. err... dari segi barang la. hehehe. insya Allah jika diperkenankan-Nya ada la rezeki untuk saya. Amin...

#32: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: fresh_slash_e30detLocation: Seremban PostPosted: Thu May 03, 2007 2:15 pm
    ----
sama2 la kita doa...amin.....

#33: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: theCROWLocation: city of angels PostPosted: Sun May 13, 2007 3:14 am
    ----
haih cite pasal kawin2 ni teringat aku masa muda2 dulu

#34: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: jeemboLocation: Car_Junk PostPosted: Sun May 13, 2007 11:51 am
    ----
hahhaha the crow...roper2nya kita satu opis...skang ni ko duk dept depan aku plak wakakakaka...a small world but kennot challenge u lar...u got e36 i got an unfinish e30 hahhaha...cheers!

#35: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Author: highwaystarLocation: Kola Lompuer PostPosted: Mon May 14, 2007 1:48 am
    ----
jeembo wrote:
hahhaha the crow...roper2nya kita satu opis...skang ni ko duk dept depan aku plak wakakakaka...a small world but kennot challenge u lar...u got e36 i got an unfinish e30 hahhaha...cheers!

kekeke..korang nih ahh..syok nyer duduk dekat2 kekeke... mesti hari hari gosip bimmer..kekeke...thumbs up! Laughing



-> Off Topic Discussions

All times are GMT + 8 Hours

Page 1 of 1