Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/idealogi/public_html/malatbimmer.com/evolution/includes/db/db.php on line 379
malatbimmer.com › Forums › MB Others › Humor Room › Cerita dari Jepon
 

Toggle Content Main Menu
 Fortress
 Community
 Malat Options
 Search

Toggle Content User Info
Welcome

Anonymous

Nickname
Password
Register

Membership:
Latest: sharizat83
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 1314

Online Now [1116]:
Visitors: 1116
Bots: 0
Members: 0
Page Views:
Today: 35026
Total: 28833716

Toggle Content Movie Trailers



Toggle Content Friends & Links






Community Forums
Cerita dari Jepon
Post your humor online. Attachment is welcome
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexHumor Room
View previous topic :: View next topic  
Author Message
ariel
Official Member
Official Member


Joined: Jun 30, 2006
Posts: 668

PostPosted: Wed Oct 11, 2006 8:40 am    Post subject: Cerita dari Jepon Reply with quote

Ditulis semula penulis seperti yang diceritakan oleh En. Mohd Azman student Malaysiakat Jepun

Assalamualaikum.Nama saya Mohd Azman (bukan nama sebenar) dan saya sekarang sedang menuntut di salah sebuah universiti di negara
matahari terbit,Jepun.Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan iktibar pada masa hadapan.

Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri menyebabkan saya berasa insaf.Ada seorang budak Jepun bernama Tatsuo-kun(bukan nama sebenar) dan tinggal bersama-sama emaknya Maciko-san (juga
bukan nama sebenar) di daerah Yamanashi.Dua beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana bapa Tatsuo-kun telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya.Kerana keluarga ini hanya tinggal berdua saja maka hubungan di antara Tatsuo-kun dan ibunya Maciko-san amatlah rapat sekali.Apa yang dihajati Tatsuo-kun akan cuba dipenuhi oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula membesar menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia mendapat biasiswa dan memasuki Meiji University.

Ketika ini perangai Tatsuo-kun mula berubah dan selalu tidak menelefon atau pulang ke rumah ketika cuti meninggalkan emaknya kesunyian
di rumah.Hendak dipendekkan cerita,Maciko-san telah mengambil keputusan untuk datang ke Tokyo untuk berjumpa dengan anak kesayangannya.Ketika itulah satu perkara yang menginsafkan saya
berlaku.Ia terjadi DI DEPAN MATA saya sendiri.

Tatsuo-kun baru saja keluar dari pintu universiti bersama rakan-rakannya ketika ibunya tiba dan memanggil namanya.Melihat keadaan ibunya yang berpakaian kampung membuatkan Tatsuo-kun berasa malu dengan rakan-rakannya yang rata-rata anak orang berada.Tatsuo-kun dengan muka yang berang mendekati emaknya dan berkata(telah di ubah maksudnya ke dalam bahasa melayu),"Makcik ni silap orang la..".Saya berasa sedih dan terkejut ketika itu melihat Maciko-san dilayan sebegitu tetapi masih mampu mengawal air mata.Maciko-san memegang
tangan anaknya dan merayu supaya anaknya tidak bercakap begitu tetapi Tatsuo-kun yang didorong perasaan malunya telah menolak maknya ke arah jalan raya dan dilanggar kereta.

Tetapi Maciko San kembali bangun setelah mendapat kuasa dari keluarga
ultraman taro dan menyentap tubuh Tatsuo-kun bertalu-talu diatas jalan tar sehingga berkecai tanpa mendapat pertolongan rasaksa gorgon yang memang kejam..

Saya berasa sungguh sedih dan cuba untuk menolong tetapi apakan daya kerana ianya berlaku di dalam televisyen rumah saya cuma.Lantas
saya mengambil remote controller dan menukar ke siaran yang lain.

Diharap para pembaca tidak berasa marah dan tertipu dengan kisah En.Mohd Azman tadi kerana penulis telah pun memukulnya sehingga muntah darah kerana membuat lawak dengan muka serius.

Ahaks! Laughing

_________________

...Meeeooow!
View user's profile
Ubartsanz
Official Member
Official Member


Joined: Jun 23, 2006
Posts: 1171
Location: South side

PostPosted: Wed Oct 11, 2006 8:45 am    Post subject: Re: Cerita dari Jepon Reply with quote

Ceh... Wa ingat cite si tanggang versi jepun tadi..!!! Evil or Very Mad Laughing
View user's profile
schnitzsmo
Top Poster
Top Poster


Joined: Sep 13, 2006
Posts: 574

PostPosted: Wed Oct 11, 2006 11:31 am    Post subject: Re: Cerita dari Jepon Reply with quote

nasib baik la kene pokol ngan penulis...
bazir mase haku je....

_________________
View user's profile
ACS5_boy
Official Member
Official Member


Joined: Jun 25, 2006
Posts: 953
Location: N9_bie

PostPosted: Wed Oct 11, 2006 5:21 pm    Post subject: Re: Cerita dari Jepon Reply with quote

nak kena banned ariel ni

_________________
View user's profile Photo Gallery
ariel
Official Member
Official Member


Joined: Jun 30, 2006
Posts: 668

PostPosted: Wed Oct 11, 2006 6:13 pm    Post subject: Re: Cerita dari Jepon Reply with quote

...ehehe...crite ni klu nak best lagi baca dgn intonasi drama alih bahase Jepun tu..lagi memberi kesan yg mendalam...hehe

_________________

...Meeeooow!
View user's profile
contaconti
Official Member
Official Member


Joined: Jul 04, 2006
Posts: 2103
Location: behind sixpot 's home

PostPosted: Thu Oct 12, 2006 5:27 am    Post subject: Re: Cerita dari Jepon Reply with quote

haha..sib baik pose.. Twisted Evil Twisted Evil

_________________
View user's profile
ACS5_boy
Official Member
Official Member


Joined: Jun 25, 2006
Posts: 953
Location: N9_bie

PostPosted: Fri Oct 13, 2006 5:21 pm    Post subject: Re: Cerita dari Jepon Reply with quote

masuk pukul 1201 minit syawal, 1st thing hang kena buat, minta maap kat kami semua yang dah tertipu ni.

_________________
View user's profile Photo Gallery
contaconti
Official Member
Official Member


Joined: Jul 04, 2006
Posts: 2103
Location: behind sixpot 's home

PostPosted: Sat Oct 14, 2006 12:28 pm    Post subject: Re: Cerita dari Jepon Reply with quote

haha..cam biase cium tangan pastu minyak full tank..hehe Twisted Evil

_________________
View user's profile
ACS5_boy
Official Member
Official Member


Joined: Jun 25, 2006
Posts: 953
Location: N9_bie

PostPosted: Sat Oct 14, 2006 1:12 pm    Post subject: Re: Cerita dari Jepon Reply with quote

pandainyeeerrrrrrrrr.................

_________________
View user's profile Photo Gallery
contaconti
Official Member
Official Member


Joined: Jul 04, 2006
Posts: 2103
Location: behind sixpot 's home

PostPosted: Sun Oct 15, 2006 4:04 am    Post subject: Re: Cerita dari Jepon Reply with quote

ACS5_boy wrote:
pandainyeeerrrrrrrrr.................
haha..tank u..tank u.. Laughing

_________________
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexHumor Room All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1


Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Interactive software released under GNU GPL, Code Credits, Privacy Policy