Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/idealogi/public_html/malatbimmer.com/evolution/includes/db/db.php on line 379
malatbimmer.com › Forums › MB Others › Health and Lifestyle › Coca Cola remarks
 

Toggle Content Main Menu
 Fortress
 Community
 Malat Options
 Search

Toggle Content User Info
Welcome

Anonymous

Nickname
Password
Register

Membership:
Latest: sharizat83
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 1314

Online Now [1269]:
Visitors: 1269
Bots: 0
Members: 0
Page Views:
Today: 28201
Total: 28986013

Toggle Content Movie Trailers



Toggle Content Friends & Links






Community Forums
Coca Cola remarks
Discussion about Dietary Guidelines which include Food and Nutritions, Supplementary Vitamins, Sports, Fitness and home remedies. Also Garments Outfit Styling, Stock Clearance Sales, Offers etc.
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.   Printer Friendly Page     Forum IndexHealth and Lifestyle
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Mr_Bimmerasta
Top Poster
Top Poster


Joined: Jun 07, 2007
Posts: 1717
Location: The Republic Of Penang

PostPosted: Thu Sep 27, 2007 4:18 am    Post subject: Coca Cola remarks Reply with quote

Fakta dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolon jangan letak/parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah....heh..heh..heh..baru la rasta!! Wink

_________________
View user's profile Visit poster's website Photo Gallery
highwaystar
MB Official
MB Official


Joined: Jun 13, 2006
Posts: 5329
Location: Kola Lompuer

PostPosted: Thu Sep 27, 2007 6:45 am    Post subject: Re: Coca Cola Reply with quote

wahhahahaha.. thanks bimmerasta! aduusss
semalam baru buka puasa minum coke... mampus aku...
nanti nak experiment lah.

Thanks again. You made me think twice about coke.

_________________
View user's profile Photo Gallery
shahril78
Official Member
Official Member


Joined: Jul 10, 2006
Posts: 699
Location: AnFieLd

PostPosted: Wed Jul 30, 2008 12:50 am    Post subject: Re: Coca Cola Reply with quote

Mr_Bimmerasta wrote:

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.



...rasanya boleh ke di aplikasikan pada peti-peti besi bank ? Twisted Evil

_________________
View user's profile Visit poster's website Photo Gallery
highwaystar
MB Official
MB Official


Joined: Jun 13, 2006
Posts: 5329
Location: Kola Lompuer

PostPosted: Thu Aug 07, 2008 10:45 am    Post subject: Re: Coca Cola remarks Reply with quote

thread lock, possibility spammers

_________________
View user's profile Photo Gallery
Display posts from previous:   
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.   Printer Friendly Page     Forum IndexHealth and Lifestyle All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1


Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Interactive software released under GNU GPL, Code Credits, Privacy Policy