Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/idealogi/public_html/malatbimmer.com/evolution/includes/db/db.php on line 379
malatbimmer.com › Forums › MB Others › Off Topic Discussions › berbelah bagi... (macam drama lah pulak!)
 

Toggle Content Main Menu
 Fortress
 Community
 Malat Options
 Search

Toggle Content User Info
Welcome

Anonymous

Nickname
Password
Register

Membership:
Latest: sharizat83
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 1314

Online Now [876]:
Visitors: 876
Bots: 0
Members: 0
Page Views:
Today: 138920
Total: 28937610

Toggle Content Movie Trailers



Toggle Content Friends & Links






Community Forums
berbelah bagi... (macam drama lah pulak!)
Post and discuss anything under the sun. Make it fun and enjoyable to read
Go to page Previous  1, 2, 3  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexOff Topic Discussions
View previous topic :: View next topic  
Author Message
encikbmwhitam
Top Poster
Top Poster


Joined: Mar 31, 2007
Posts: 516
Location: penang - kl -putrajaya

PostPosted: Wed Apr 25, 2007 9:51 am    Post subject: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Reply with quote

hoho... firstly, sori lah sebab saya lambat memberi jawapan. secondly, buat mods, sori salah "park" saya punya topik... hehe. tabik!!

kemudian, buat bro highway terutamanya atas nasihat dan pandangan tentang majlis perkahwinan. tak lupa juga kepada malatians, terima kasih banyak-banyak atas sokongan dan tunjuk ajar anda semua. memang boleh menitis air mata membaca posting anda semua jika saya seorang awek... hohohoho... Razz

buat pengetahuan semua, saya bekerja sebagai kakitangan kerajaan bergaji bawah 1k. kalau diikutkan, memiliki sebuah E30 memang diluar kemampuan saya tambahan pula E30 hitam macam saya punya tu. memang agak tinggi harganya jika dibandingkan dengan bajet saya. ibu dan bapa saya juga tidak merestui "hajat" saya untuk memiliki E30 hitam tu. tapi jika anda semua lihat E30 hitam tersebut(pada masa tu la), saya rasa sebagai seorang peminat setia, memang hati dan jiwa anda akan terpaut sehingga tidur malam anda tak lena dibuatnya... hehehe. jadi, demi merealisasikan cita-cita saya tu, saya pun berusaha lah membuat personal loan dan mengeluarkan segala simpanan saya untuk memiliki pilihan hati saya tu. masa tu saya masih single jadi tiadalah terfikir pasal nak kawin langsung. lagipun memang saya tak hensem pun... ekekekeke. kira E30 hitam tu la "bini" pertama saya lah. setelah memilikinya, saya memang menghadapi masalah mem"bela"nya bila ada breakdown, tapi Alhamdulillah la tiada masalah besar melainkan temperature panas dan tayar saja Razz

setelah 2 tahun "memperisterikan" E30 hitam tersebut, saya mengenali seorang gadis dan cinta kami mulalah bertaut dan saya telah merancang untuk mendirikan rumahtangga kerana saya fikir susah untuk mencari seorang gadis yang ikhlas nak hidup bersama dengan saya, lagipun bak kata bro bruised

bruised wrote:
Awek nak kawin dgn kita bukan senang nak carik.(aku bukan nyer hencem sgt).

saya pun macam tu la jugak... hehehe. untuk melangsungkan perkahwinan bajet tu memang dah ada cuma, almaklumlah kali pertama nak kawin Very Happy mana la ada pengalaman. nak bajet pun tak pandai apatah lagi saya ni seorang lelaki... hehehe.

niat saya untuk menjual E30 tu terdetik sejak mula saya berniat untuk mendirikan rumahtangga lagi. untuk pengetahuan bro highway dan semua, saya memiliki sebuah lagi kereta, DATSUN 160J(PA10) tahun 78 milik bapak saya. pada mulanya, saya bercadang untuk menukar enjin 160J saya tu kepada RB20 atau SR20 tapi kerana minat saya kepada E30 saya terus kuburkan saja hasrat saya tu. dan suatu hari pada hujung tahun lepas, berlaku kemalangan kecil selepas saya bawak E30 hitam tu jumpa seorang buyer. dan sejak kemalangan tu, saya terus pendamkan niat nak jual pasal saya fikir mingkin E30 hitam tu "merajuk". sejak itu sampai sekarang E30 hitam tu "terperap" di basement ofis. saya hanya panaskan enjinnya setiap 3 - 5 hari sekali. memandangkan bajet yang saya ada hanya untuk majlis perkahwinan saya jadi, saya tak baiki la E30 hitam tu. saya fikir, daripada saya membiarkan saja E30 yang berpotensi tu tersadai begitu saja, adalah lebih baik saya "lepaskan" kepada sesiapa yang dapat menjaganya dengan lebih baik. tetapi jika saya bersetuju untuk melepaskannya, saya rasa biarlah pada harga yang sesuai kerana saya beli E30 hitam tu pada harga yang agak tinggi. bak kata bro highway

highwaystar wrote:
Kalau anda bergantung pada hasil jual E30 anda, mungkin anda silap sikit sebab kite semua tak tahu berapa 'harga' E30 itu dan 'Bila' boleh ia dijual. Kalau dapat jual dalam lingkungan 20k cukup untuk anda?

mengikut kiraan saya, dengan keadaan E30 saya sekarang, saya bersedia untuk menjual E30 saya tu pada harga 18k tidak termasuk ICE.

jadi, pada pendapat anda, adakah harga yang saya letak tu sesuai dengan harga semasa + keadaan kereta?

details pasal kereta tu nanti saya akan post dalam topik yang berkenaan setelah saya pasti dengan keputusan saya untuk menjual E30 tersebut.

sekali lagi, terima kasih tak terhingga kepada semua yang sudi membaca dan memberi respon kepada masalah saya. terima kasih...!


Last edited by encikbmwhitam on Thu May 17, 2007 12:42 am; edited 1 time in total
View user's profile Yahoo Messenger
andie24
Official Member
Official Member


Joined: Jan 07, 2007
Posts: 142
Location: Klang

PostPosted: Wed Apr 25, 2007 10:12 am    Post subject: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Reply with quote

Aisey, jgn la ini mcm sampai nak jual kereta. Mesti ada jalan penyelesaian yg lain punya.
View user's profile Photo Gallery
highwaystar
MB Official
MB Official


Joined: Jun 13, 2006
Posts: 5329
Location: Kola Lompuer

PostPosted: Wed Apr 25, 2007 12:16 pm    Post subject: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Reply with quote

Alamak, bro, sedih juga saya mendengar kata2 bro tuh. Tapi bila dengar park kat basement dan asyik start untuk panas enjin lagi sedih.

Macam ini-lah, kalau budget untuk bernikah memang sudah cukup, saya nasihatkan jangan jual E30 anda. Kita tengok apa sebenar-nya 'damage' kereta anda dan kite cuba menilai lagi berapa kos untuk membaik-pulih rather than nak jual. Kot2 repair die mungkin kecil cili-api jer kite pun tak tahu.

Tapi, jika hasrat anda memang nak jual (meaning, anda sudah serik ngan E30 anda), then kite tak buleh cakap apa2 lagi, sebab-nya derita dan kesenangan itu ANDA SAHAJA YANG TAHU.

18k, mungkin ok kot sebab E30 anda memang cun pun. Judging from your photo, Rim Hartge (Cover dah buleh buat kat Theva RM50 satu), ACS Twin Exhaust dan sedikit paintjob dengan ketuk kat depan tuh...



Cuba beri spesifikasi kereta anda...

Terima Kasih!

_________________
View user's profile Photo Gallery
bruised
Official Member
Official Member


Joined: Jul 15, 2006
Posts: 170

PostPosted: Wed Apr 25, 2007 12:27 pm    Post subject: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Reply with quote

Yup... stuju ngan cadangan Mr Highway. Lagipun nanti kawin nak kena ader keta jugak. Kire investment lar sbb kire nanti takpayah bli keta dah. Cuba citer apa yg tak kena ngan keta mana tau geng sini bole tolong
View user's profile
jeembo
Official Member
Official Member


Joined: Nov 30, 2006
Posts: 1903
Location: Car_Junk

PostPosted: Wed Apr 25, 2007 2:19 pm    Post subject: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Reply with quote

sedih dan meleleh airmata jernehku dipipi apabila membaca luahan isi hati encikbmwhitam...bak kata bro highwaystar lagi sedih bila E30 disadaikan...cenna nak tolong nih...kalau la aku ni jin leh aku bagi ko 3 wishes ehhehehe....

_________________

+6012-952-5415 +6012-970-6803
View user's profile Yahoo Messenger
rompers
Top Poster
Top Poster


Joined: Nov 17, 2006
Posts: 269
Location: Half the time I'm LOST.

PostPosted: Thu Apr 26, 2007 2:38 am    Post subject: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Reply with quote

Bros sekalian, kalau tak silap he mentioned before the otherside of the car is also damaged. To what extent, we don't know yet. So to assess the repair budget gotta take physical examination.

_________________
pLeAse PImp mAh RidE!!
View user's profile
ariel
Official Member
Official Member


Joined: Jun 30, 2006
Posts: 668

PostPosted: Thu Apr 26, 2007 1:56 pm    Post subject: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Reply with quote

...Uisshhh! baru aku tau Highwaystar tere bab2 arrangement kawen ni... Shocked

_________________

...Meeeooow!
View user's profile
ariel
Official Member
Official Member


Joined: Jun 30, 2006
Posts: 668

PostPosted: Thu Apr 26, 2007 1:58 pm    Post subject: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Reply with quote

...Errr...EncikBmwHitam...anda pajakkan dulu kete tu kat sapa2 yg agak ber'wang'...amacam?...ok tak idea bernas gue tu? :roll:...nanti ada duit anda bayar le pelan2 kayuh kt org tu...jgn byk2 sgt...cukup sekadar menyetelkan apa yg masih tak cukup sudah memadai...bukan apa, nanti lepas kawen kalau dah let go E30 ni musti anda akan kembali merinduinya...pastu nyesal...nak cari balik belum tentu dpt yg cun...kalau cun pun musti mahal tahap dewa punya...mcm kete ni at least ko tau le history dia...percaya le cakap aku... Cool

_________________

...Meeeooow!
View user's profile
highwaystar
MB Official
MB Official


Joined: Jun 13, 2006
Posts: 5329
Location: Kola Lompuer

PostPosted: Thu Apr 26, 2007 9:17 pm    Post subject: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Reply with quote

ariel wrote:
...Errr...EncikBmwHitam...anda pajakkan dulu kete tu kat sapa2 yg agak ber'wang'...amacam?...ok tak idea bernas gue tu? :roll:...nanti ada duit anda bayar le pelan2 kayuh kt org tu...jgn byk2 sgt...cukup sekadar menyetelkan apa yg masih tak cukup sudah memadai...bukan apa, nanti lepas kawen kalau dah let go E30 ni musti anda akan kembali merinduinya...pastu nyesal...nak cari balik belum tentu dpt yg cun...kalau cun pun musti mahal tahap dewa punya...mcm kete ni at least ko tau le history dia...percaya le cakap aku... Cool

Definately a VERYYY GOOODD IDEA!!!!... Tak sangka juga memang bernas suggestion anda!!! Laughing

_________________
View user's profile Photo Gallery
encikbmwhitam
Top Poster
Top Poster


Joined: Mar 31, 2007
Posts: 516
Location: penang - kl -putrajaya

PostPosted: Fri Apr 27, 2007 8:24 am    Post subject: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Reply with quote

hmm... terima kasih banyak-banyak sekali lagi kepada semua yang memberi pendapat. maaflah kerana menyusahkan anda semua ye. rasa segan pulak saya Embarassed

untuk makluman semua, E30 tu masa saya beli memang dah macam tu. maksud saya, dari luar dan dalam dah siap bikin. kalau saya sendiri nak bikin macam tu, saya rasa, saya hanya pandai tukar rim saja kot... hehehe..

saya masih tak dapat buat keputusan samada nak jual ke tidak. kalau ikut nasihat anda semua dan kawan rapat saya sendiri, lebih baik jangan lepaskan. memang sayang sebenarnya nak lepaskan sebuah kereta yang berkualiti macam E30 tu. kalau saya jual, saya pasti akan menyesal dan rasanya terlalu sukar untuk mendapatkannya semula walaupun dengan mencagarnya kepada sesiapa yang ber'wang'. tapi saya fikir, demi kesejahteraan keluarga yang bakal saya bina, saya mungkin terpaksa buat keputusan sedemikian kerana pada saya keluarga adalah segalanya. budget untuk bernikah memang dah ada, cuma ada masalah untuk dikeluarkan... maaf saya tak dapat berterus-terang.

di sini saya senaraikan beberapa spesifikasi E30 saya... setakat yang saya ingat lah... hehe.



enjin dah convert dari 2.5 ke 2.7 (kalau tak silap. tapi 2.5 tu dah pasti la Razz )
3.73 LSD gearbox
m-tech bodykit dengan eyelid
16" rim hartge
twin sebring ekzos
ACS leather seats
momo stereng dan gear knob
nice red & black interior

amacam...? quite nice kan? Wink
View user's profile Yahoo Messenger
jeembo
Official Member
Official Member


Joined: Nov 30, 2006
Posts: 1903
Location: Car_Junk

PostPosted: Fri Apr 27, 2007 3:56 pm    Post subject: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Reply with quote

haaa idea ttg pajakkan tu mmg bernas...saya sokong seumur hidup!....lps kawen dah stabil balik baru lunaskan pajakan tuh...jgn byk sgt dah
View user's profile Yahoo Messenger
ariel
Official Member
Official Member


Joined: Jun 30, 2006
Posts: 668

PostPosted: Fri Apr 27, 2007 4:48 pm    Post subject: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Reply with quote

...ayoyo!...2.7 tuuuu!...jgn jual la wei!...gue compom lu musti nyesalnye klu jual!...dont worry,org nk kawen ni rejkinye murah...tau2 ada je...ala2 fuiyooo magic!..so,jgn le jual.

_________________

...Meeeooow!
View user's profile
fresh_slash_e30det
Top Poster
Top Poster


Joined: Jul 03, 2006
Posts: 784
Location: Seremban

PostPosted: Mon Apr 30, 2007 1:54 pm    Post subject: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Reply with quote

ariel wrote:
...ayoyo!...2.7 tuuuu!...jgn jual la wei!...gue compom lu musti nyesalnye klu jual!...dont worry,org nk kawen ni rejkinye murah...tau2 ada je...ala2 fuiyooo magic!..so,jgn le jual.
saya pun sokong jgn jual....rugi woo....
View user's profile AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger ICQ Number
encikbmwhitam
Top Poster
Top Poster


Joined: Mar 31, 2007
Posts: 516
Location: penang - kl -putrajaya

PostPosted: Tue May 01, 2007 12:48 am    Post subject: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Reply with quote

hmmm... thanks bro sekelian. memang sayang saya nak jual E30 tu sebenarnya pasal impian saya nak blajar 'drift' dengan nak join konvoi bm blom tercapai. bak kata bro ariel

ariel wrote:
gue compom lu musti nyesalnye klu jual!...

huhuhu... harap-harapnya macam tu lah guys. amin... insya Allah.

_________________
keranamu, pahit ku telan jua...



aku, dia dan BMW...
View user's profile Yahoo Messenger
fresh_slash_e30det
Top Poster
Top Poster


Joined: Jul 03, 2006
Posts: 784
Location: Seremban

PostPosted: Wed May 02, 2007 2:28 pm    Post subject: Re: berbelah bagi... (macam drama lah pulak!) Reply with quote

relax dulu bro....kayuh pelan2....betul kata bro ariel 2....bkn senang nk dpt e30 yg dah siap mcm nih....yg standard gaban byk bro....mana ah tau ada dpt duit t'pijak ke.....mana ah tau....bos bro nk sponser skit utk perkahwinan bro....hehehe
View user's profile AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger ICQ Number
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexOff Topic Discussions All times are GMT + 8 Hours
Go to page Previous  1, 2, 3  Next
Page 2 of 3


Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Interactive software released under GNU GPL, Code Credits, Privacy Policy